DUN Piasau Tidak Gentar – Dr Chan

20 Feb

 

YB Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan

SUPP yakin akan mempertahankan kerusi Piasau.  Begitulah yang dijelaskan oleh DUN Piasau, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan, yang juga merupakan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).   Dr Chan mengulas mengenai kenyataan bahawa Dr Michael Teo, akan turun mewakili Parti Keadilan Rakyat untuk merebut   kerusi DUN Piasau sekiranya diberi mandat oleh PKR.

Suara Sarawak berharap agar PKR Majlis Tertinggi tidak akan menurunkan Dr Michael Teo sebagai calon mereka di Piasau.  Belum mendapat keputusan rasmi dan beliau sudah berani membelakangi PKR dengan memberi kenyataan yang tidak rasmi.  Sekiranya Dr Michael menjadi DUN kelak maka habislah rahsia PKR akan didedahkan tanpa mendapat persetujuan daripada PKR Pusat.

Dr Michael Teo hendaklah mengamalkan prinsip rendah diri dan tidak hidung tinggi seperti Baru Bian.  Mungkin juga PKR suka memilih calon yang hidung tinggi untuk mewakili mereka?   Sesungguhnya orang yang sombong susah untuk didekati rakyat dan tidak senang untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh rakyat.

PKR diminta untuk mempertimbangkan pencalonan mereka agar memilih calon yang mesra rakyat.  Janganlah asyik memilih calon yang pernah kalah bertanding dengan Barisan Nasional kerana kredibiliti mereka jelas terbukti tidak disenangi rakyat.

PKR juga perlu ada telinga dan mata di peringkat ranting untuk memantau hasrat dan keluhan rakyat di setiap kawasan peti undi.  PKR juga mesti ingat bahawa ahli mereka terdiri daripada ahli yang keluar BN dan kecewa kerana tidak mendapat habuan semasa berada dalam BN satu ketika dahulu.   PKR hendaklah bersedia untuk menerima pengkhianatan kerana ahli ini pernah mengkhianati BN dan mungkin akan mengkhianati PKR dalam sekelip mata sekiranya mereka patah hati dengan pucuk kepimpinan PKR kelak!

Sekiranya PKR peka terhadap formula ini maka berjayalah PKR di mana sahaja mereka menurunkan calon untuk bertanding di bawah bendera PKR!!!

Dr Chan tidak bimbang berdepan pesaing mahu rebut DUN Piasau

Posted on Utusan Borneo, February 20, 2011, Sunday

MIRI: Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan tidak bimbang berdepan pesaing yang mahu merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau daripada beliau dalam pilihan raya negeri tahun ini.

Dr Chan yang telah menyandang kerusi Piasau sejak 1983 memberitahu bahawa sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, sesiapa sahaja layak mencalonkan diri mereka merebut kerusi berkenaan.

“Sesiapa sahaja boleh bertanding dengan saya. Kita tunggu dan lihat semasa hari penamaan calon nanti,” jelasnya kepada media di pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) semalam.

Dr Chan yang juga presiden SUPP berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Miri Dr Michael Teo yang bersedia untuk bertanding di kerusi Piasau tahun ini.

Menurut Dr Chan, beliau sama sekali tidak akan menghalang Dr Michael atau mana-mana calon parti pembangkang  daripada meneruskan niat mereka bertanding merebut DUN Piasau atau kerusi lain.

Dr Michael Teo dalam kenyataannya pada 12 Februari lalu memberitahu bahawa beliau masih menunggu keputusan daripada kepimpinan PKR Pusat tentang calon-calon penuh PKR di negeri ini.

Dr Chan berkata, kemenangan bukan bergantung kepada calon tetapi jumlah pengundian yang diberikan oleh rakyat.

“Biarlah rakyat yang tentukan. Yang penting kita telah menjalankan tugas kita (sebagai wakil rakyat) dan jika kita menang kita akan buat yang terbaik untuk rakyat,” jelasnya.

Dr Chan menambah, SUPP menempatkan calon di 19 kerusi DUN untuk pilihan raya yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang juga pengerusi BN Negeri telah mendapat inspirasi tentang tarikh sesuai pilihan raya negeri kali ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: